Sebab-sebab berlakunya pilihanraya
- Parlimen / kerajaan negeri dibubar.
- Kematian / perletakkan jawatan wakil rakyat sesuatu kawasan.
- Wakil rakyat hilang status sebagai ahli parlimen / ADUN berdasarkan undang-undang & peraturan pilihanraya.
Syarat-syarat mengundi
- Seorang warganegara Malaysia;
- Telah mencapai umur 21 tahun.
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
- Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
- Berdaftar dalam senarai pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)
Cara daftar sebagai pengundi
- Bawa kad pengenalan (MyKad). Kawasan mengundi anda adalah berdasarkan alamat pada kad pengenalan. Jika anda telah berpindah, sila kemaskini kad pengenalan anda di Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu.
- Pendaftaran statik seperti di
- kaunter Ibu Pejabat SPR
- Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
- Pejabat Pos Berkomputer.
- Pendaftaran Bergerak seperti di
- Out-Reach Team SPR,
- Penolong Pendaftar (Parti Politik)
- Penolong Pendaftar di Pejabat-Pejabat Kerajaan yang dilantik oleh SPR,
- Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Proses keseluruhan pengesahan Daftar Pemilih ini akan mengambil masa selama empat (4) bulan mulai bulan pertama setiap suku tahun.
Rujuk web SPR untuk maklumat lanjut.
Post a Comment