Walaupun terdapat pelbagai jenis minuman di pasaran yang mampu menghilangkan dahaga dan mengganti cecair dalam badan dengan cepat, namun tidak semuanya kerap diamalkan dari aspek kesihatan. Bagi anda yang mengutamakan kesihatan, sebenarnya dengan hanya meminum air masak atau air mineral, sudah cukup berbanding meminum minuman bergas, sejuk atau berperisa.
Tanda-tanda anda perlu minum banyak air
- Mulut kering dan lidah bengkak
- Cara terbaik untuk mengelak mulut kering dan lidah bengkak ialah dengan kerap minum air terutama ketika haus. Penting untuk diketahui bahawa minuman manis hanya penyelesaian sementara untuk menghilangkan dahaga. Pastikan anda minum air masak secukupnya.
- Air kencing berwarna kuning pekat
- Apabila badan kekurangan air, buah pinggang akan cuba menjimatkan air dalam badan atau menghentikan pengeluaran air kencing. Akibatnya, air kencing akan berhwarna lebih gelap atau kuning pekat kerana cecair pengganti tidak masuk ke dalam badan untuk jernihkan sisa kumuhan.
- Sukar buang air besar
- Seperti situasi air kencing bewarna gelap ketika mengalami nyah hidrat, usus besar turut akan menjimatkan air dalam badan dan akhirnya menyebabkan bahan buangan menjadi keras dan kering. Anda juga terdedah kepada sembelit.
- Kulit menjadi kurang kenyal
- Kulit ialah organ terbesar pada badan manusia dan penting untuk kekalkan tahap hidrasi yang secukupnya. Kulit anda akan mudah dinaiki jerawat dan penuaan lebih cepat berlaku jika kekurangan air. Anda juga boleh mencuba untuk mencubit kulit di bahagian siku. Sekiranya dicubit dan kulit lambat kembali normal atau tidak kenyal, maka anda sebenarnya kekurang air dalam badan.
- Degupan jantung lebih laju
- Jantung memerlukan badan yang sihat atau normal untuk berfungsi. Sekiranya berlaku penurunan aliran darah akibat kekurangan air, kebiasaannya jantung akan berdebar-debar.
- Kekejangan otot
- Kekejangan otot biasanya berlaku selepas selesai melakukan senaman atau sukan. Ia berlaku sekiranya badan kekurangan air yang kronik
- Pening
- Nyah hidrat menyebabkan kepala menjadi pening dan mudah pengsan. Salah satu tanda nyah hidrat ialah pandangan tiba-tiba berpinar atau badan rasa melayang ketika bangun dengan cepat ketika diposisi duduk atau tidur.
- Mudah penat dan lesu
- Kekurangan air dalam badan mengurangkan jumlah dan tekanan darah. Sekaligus mengurangkan pembawakan oksigen ke seluruh anggota badan. Tanpa oksigen yang cukup, otot dan fungsi sarah akan bekerja dalam keadaan lambat dan terhad lalu menjadikan anda cepat penat dan letih.
- Mata terasa kering
- Air mata digunakan untuk membersih dan menyegarkan mata. Air mata yang berfungsi sebagai elemen penyegar semula jadi mata akan berhenti keluar dan menyebabkan mata anda kerap pedih.
- Mudah jatuh sakit
- Air memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan. Ianya turut membantu buah pinggang mengeluarkan sisa kimia yang terkandung dalam tubuh. Apabila anda kekurangan air, tubuh tidak mampu mengeluarkan peluh yang sewajarnya dan membuatkan badan cepat terasa panas dan memudahkan anda mendapat penyakit seperti demam.
Post a Comment