Panduan Apabila Enjin Panas

Enjin kereta kebiasannya mudah menjadi lebih panas pada cuaca yang terik. Ianya jarang berlaku ke atas kereta moden tetapi keberangkalian untuk berlaku masih ada walaupun sesebuah kereta itu dalam penjagaan yang bagus ekoran faktor luaran.

Jika pemanduan anda dalam keadaan tersentak-sentak kerana kegagalan enjin untuk berfungsi, ataupun penunjuk suhu pada panel pemanduan anda mulai meningkat atau rosak dan asap mulai keluar dari bahagian enjin, berikut adalah beberapa panduan untuk membantu enjin kereta anda kembali sejuk ke paras normal.

Tips Elak Enjin Panas Akibat Cuaca Terik
  1. Di waktu terdapat tanda-tanda enjin mulai panas, matikan penghawa dingin kereta anda dan buka tingkap. Ianya mampu mengurangkan beban operasi pada enjin dan membantu ianya kembali sejuk.
  2. Jika anda sedang berhenti, tukar ke gear Neutral atau Parking dan tekan minyak sedikit untuk membolehkan air dalam enjin kembali mengepam ke sistem enjin dan melajukan kipas enjn. Aliran air dan angin ke bahagian radiator akan menyingkirkan kitaran haba dalam enjin.
  3. Cuba elakkan tekan brek terlalu kerap atau brek melampau. Pandu perlahan pada pergerakan yang tidak memerlukan anda brek terutama ketika anda terperangkap dalam trafik. Pastikan jarak anda dalam keadaan selamat antara kenderaan di hadapan anda. Aktiviti brek yang kerap akan membebankan operasi enjin dan menyebabkannya mudah untuk panas. Mara hanya jika jarak antara kereta anda dan kenderaan di hadapan mulai cukup luas.
  4. Sekiranya anda fikir enjin kereta anda berpotensi untuk panas, pandu dengan berhati-hati ke arah bahu kiri jalan, matikan enjin, buka hood enjin dan tunggu sehingga enjin anda kembali sejuk. Ingat, jangan sesekali tanggalkan penutup radiator dalam keadaan panas. Dan jika air dalam enjin anda menggelegak, jangan letak air sehinggalah enjin kembali sejuk.
  5. Jika anda perlu mengisi air dalam keadaan enjin tidak terlalu membuak-buak, tuangkan air perlahan-lahan ke dalam radiator sewaktu enjin beroperasi pada mod Neutral atau Parking.
Selain faktor luaran seperti cuaca, enjin kereta anda boleh berada pada tahap panas yang tidak sesuai sekiranya berlaku masalah pada enjin.

Paras air atau cecair coolant dalam radiator adalah sangat rendah.
  1. Ini akan menyebabkan enjin tidak dapat mengepam cecair penyejuk secukupnya dalam sistem enjin lalu menyebabkan enjin mudah panas.
  2. Isi semula air atau cecair coolant ke dalam radiator. Jika tangki coolent terlampau kering, boleh jadi berlaku kebocoran pada tangki tersebut.
  3. Kebanyakkan kereta memerlukan campuran 50-50 antara air dan cecair coolent untuk mengelakkan enjin terlalu panas.
Terdapat kebocoran pada sistem penyejukkan enjin.
  1. Anda boleh mengesan sendiri jika terdapat lelehan air pada enjin anda yang berpunca dari titisan cecair radiator. Perhatikan pada bahagian enjin dan radiator untuk sebarang kehadiran cecair.
  2. Pastikan penutup radiator, hos pengalir cecair dan pengikat hos berada dalam keadaan yang tidak terdedah dan diperketatkan dengan kemas. Enjin akan mudah panas jika berlaku kebocoran pada bahagian sistem radiator.
  3. Jika anda tahu punca kebocoran, pastikan enjin dimatikan dan anda boleh ketatkannya sendiri. Sekiranya anda tidak pasti, sila rujuk dengan mekanik berpengalaman.
Jika enjin anda masih terlalu panas bukan dari faktor yang dinyatakan di atas, masalahnya mungkin berpunca dari kegagalan sistem elektrik atau mekanikal. Kereta anda perlu di bawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Akhir sekali, pastikan thermostat anda berfungsi dengan baik bagi mengelakkan enjin anda rosak tanpa disedari. Penggantian segera adalah sangat penting.

Share this:

Post a Comment

 
Hakcipta Terpelihara © Suap Sudu. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates