Nora's Lodge

Nora's Lodge / Dusun Nora terletak di Bukit Tinggi. Ianya sesuai untuk bercuti dan menjalankan aktiviti keluarga atau syarikat seperti BBQ dan team building.

Bersesuaian dengan namanya iaitu Dusun Nora, chalet ini terletak didalam kawasan dusun yang berada di lereng bukit dengan pemandangan indah dan menenangkan.

Sekali imbas mengenai Dusun Nora
  1. Murah berbanding penginapan di Colmar Tropicale
  2. Suasana tenang & pemandangan alam sekitar yang menyegarkan
  3. Bebas melakukan aktiviti (permainan tradisional, karaoke, BBQ dll)
  4. Ada beberapa unit terhad yang menyediakan tandas, mandian air panas & penghawa dingin di dalam bilik tidur.
  5. Kebanyakkan unit lain perlu berkongsi tandas di luar chalet (tidak jauh dari bilik masing-masing).
  6. Sarapan pagi disediakan. Namun anda boleh meminta sebarang hidangan lain dari pihak pengurusan dengan kadar harga yang amat berpatutan.
Cara ke Dusun Nora
  1. Melalui lebuhraya highway KL/Kuantan (KARAK).
  2. Keluar melalui simpang 805 (Berjaya Hills).
  3. Selepas Guardpost, menuju ke kanan.
  4. Kira-kira selepas 5km, anda akan jumpa kanvas hijau yang meliputi tebing bukit di sebelah kiri.
  5. Pandu perlahan dalam 30 meter dan akan nampak simpang kecil tidak berturap ke Orchard Lots.
  6. Masuk ke dalam simpang tersebut dan ke kiri di simpang tiga.
  7. Teruskan perjalanan hingga ke hujung (papan tanda Dusun Nora disediakan sepanjang jalan).
Tips

Bagi memudahkan para pelancong, berikut adalah beberapa tips berguna sebagai panduan untuk ke Dusun Nora.
  1. Sediakan makanan ringan / snek yang secukupnya kerana anda mungkin tidak berhasrat untuk keluar semula setelah tiba.
  2. Makanan turut disediakan oleh pihak pengurusan chalet. Anda juga dibenarkan memasak dan bahan-bahan telah disediakan di dapur yang terbuka untuk penginap chalet.
  3. Anda amat digalakkan menaiki kenderaan pacuan 4 roda / SUV kerana buat masa ini, permukaan jalannya agak curam & mencabar.
  4. Sewaktu hendak keluar dari Dusun Nora, gunakan gear rendah dan tekan minyak dengan kadar yang perlu. Tarik brek tangan bagi mengelakkan kereta anda mengelusur ke belakang.
  5. Hubungi Pak Cik Ibrahim di 016-407 4657. Beliau adalah wakil pengurusan di Dusun Nora. Sebarang tempahan adalah melalui beliau.

Share this:

Post a Comment

 
Hakcipta Terpelihara © Suap Sudu. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates