Dokumen yang perlu dibawa
- Kad pengenalan pemohon (MyKad) atau kad pengenalan sementara.
- Bagi pemohon berusia 18 tahun ke bawah, anda juga dikehendaki membawa sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu atau bapa anda. Ibu atau bapa anda perlu hadir bersama.
- Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara, sediakan dokumen sokongan seperti surat tawaran pengajian atau agensi pengambilan pelajar atau surat biasiswa atau resit bayaran yuran pendaftaran atau kad matriks pelajar.
- Bagi jemaah haji, sediakan surat pengesahan daripada Tabung Haji atau agensi yang dilantik.
Prosedur permohonan
- Terus ke kaunter berkaitan untuk mendapatkan borang permohonan passport dan angka giliran.
- Sementara menunggu angka giliran, anda boleh memanfaatkan masa dengan mengisi borang yang diberi.
- Anda akan dipanggil untuk diambil gambar oleh pihak imigresen (percuma). Bagi wanita bertudung, pastikan anda memakai tudung berwarna hitam atau gelap. Dilarang mengenakan kanta lekap berwarna.
- Kemudian anda akan dipanggil untuk menjelaskan pembayaran passport untuk tempoh 5 tahun. Anda disyorkan membawa wang tunai yang secukupnya.
- Permohonan biasa dikenakan caj RM 200
- Warga emas berusia 60 tahun ke atas, kanak-kanak 12 tahun ke bawah, pelajar mengikuti program ijazah di luar negara (21 tahun dan ke bawah) dan jemaah haji dikenakan caj RM 100.
- Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah percuma.
- Passport anda akan siap dalam tempoh sejam. Kebanyakkan kaunter penyerahan passport baharu tidak akan memanggil anda bagi mengutip passport yang telah siap. Anda sendiri perlu peka dalam tempoh sejam menunggu.
- Anda juga boleh mengambil passport anda pada bila-bila masa dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan. Jika anda gagal menuntut passport anda dalam tempoh yang ditetapkan, passport anda akan dilupuskan dan tiada pulangan wang dikembalikan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Jabatan Imigresen Malaysia.
Post a Comment