Jika anda berminat untuk melakukan bekam, berikut adalah beberapa panduan umum untuk anda ketahui dalam mendapatkan hasil yang terbaik.
Tips berbekam
- Pastikan anda tidak mempunyai penyakit ditahap yang kritikal seperti kencing manis atau diabetis. Dapatkan khidmat kaunseling dari doktor atau juru bekam adakah anda sesuai melakukan aktiviti ini bagi mengelakkan kesakitan atau kadar penyembuhan yang tidak normal.
- Bagi wanita, berbekam tidak boleh dilakukan ketika anda mengandung atau ketika anda didatangi haid.
- Pastikan anda memilih juru bekam yang benar-benar mengetahui disiplin bekam sama ada melalui pentauliahan atau pengalaman.
- Puasa selama dua (2) jam sebelum dan selepas berbekam. Elakkan makanan yang berat atau makan sehingga mampu mengenyangkan perut. Ini akan mengganggu keselesaan anda ketika berbekam dan anda tidak akan mendapat hasil yang terbaik. Minum air masak atau makan kuih atau biskut sekadar alas perut adalah dibenarkan.
- Juru bekam biasanya akan melakukan regangan atau urutan terhadap anda bagi melonggarkan otot dan melancarkan pengaliran darah sebelum aktiviti bekam. Ini bagi mendapatkan hasil terbaik dalam memastikan darah kotor benar-benar keluar dari badan.
- Walaupun bekam boleh dilakukan di mana-mana anggota badan seperti muka, kaki dan tangan, bekam secara lazimnya dilakukan di bahagian belakang badan kerana lebih banyak darah kotor berpusat di belakang badan dan ianya lebih selesa untuk anda. Bahagian atas dan belakang kepala adalah bahagian yang turut disyorkan untuk berbekam.
- Kebiasaannya bekam dilakukan dalam keadaan meniarap. Ada sesetengah lakukannya dalam keadaan duduk. Berbincang dengan juru bekam anda terlebih dahulu jika anda mempunyai pilihan yang lebih selesa.
- Alatan bekam seperti jarum yang digunakan oleh juru bekam perlu disteril terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan melalui darah atau kulit.
- Proses bekam biasanya mengambil masa kira-kira 20 minit hingga 40 minit bergantung kepada jumlah cawan dan anggota badan yang dibekam.
- Setelah selesai, anda boleh meneruskan aktiviti harian anda seperti biasa. Bekam tidak membataskan pergerakan anda.
- Kesan bekam biasanya mengambil masa 7 hari hingga 10 hari untuk hilang sepenuhnya bergantung pada keadaan diri masing-masing.
Selamat berbekam dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Post a Comment