Langkah Apabila Dipatuk Ular

Bagaimana jika anda terserempak dan mengalami kecedaraan akibat dipatuk ular? Di sini kami sediakan beberapa langkah jika anda berdepan musibah dengan reptilia ini.

Langkah perlu diambil selepas dipatuk ular
  1. Bertenang dan jangan panik
  2. Hadkan pergerakan lengan atau kaki yang dipatuk ular dan jangan banyak bergerak agar racun ular tidak merebak dengan cepat.
  3. Buka semua perhiasan yang berada di badan seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya sebelum terjadi bengkak. Ini kerana kemungkinan besar reaksi badan yang terawal selepas dipatuk ular adalah bengkak.
  4. Posisikan kawasan yang terkena patukan berada lebih rendah daripada jantung.
  5. Bersihkan luka tetapi jangan siram dengan air. Balut kawasan luka dipatuk dengan kain bersih dan kering.
  6. Jangan sesekali ikat ketat anggota yang dipatuk kerana ia boleh menyebabkan darah tidak mengalir. Ini akan menyulitkan lagi rawatan.
  7. Jangan cuba membuang racun dengan cara yang tidak patut. Contohnya seperti menghisap keluar bisa.
  8. Jangan guna ais untuk menekan kawasan patukan ular.
  9. Jangan cuba untuk menangkap ular itu tetapi cubalah mengingati warna, bentuk dan jenis supaya dapat memudahkan pihak hospital mendapatkan penawar yang betul.
  10. Terus hubungi talian kecemasan atau hantar mangsa patukan ke hospital untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Langkah pencegahan
  1. Bersihkan kawasan persekitaran yang mempunyai semak dan sampah.
  2. Periksa kawasan yang dirasakan berpotensi menjadi tempat perlindungan binatang berbisa.
  3. Taburkan garam kasar dan belerang atau sulfur di sekeliling rumah.
  4. Sentiasa mengadakan gotong-royong bagi meningkatkan kebersihan, keselamatan dan kesedaran.

Share this:

Post a Comment

 
Hakcipta Terpelihara © Suap Sudu. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates